MB EDULINK SDN BHD (875105-V) (dulu dikenali dengan nama Macro Benefit Sdn Bhd) ditubuhkan pada 14 Oktober 2009 dan telah menceburi bidang Pendidikan & Latihan Vokasional Teknikal di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) oleh Kementerian Sumber Manusia (KKM) dalam latihan akuakultur.
Pada tahun 2016, kami diberi status Smart Partner (Pusat Pengurusan Program, PPP) oleh UTMSPACE untuk menjalankan 5 program Professional Diploma iaitu:
1) Professional Diploma in Business Management
2) Professional Diploma in Human Resource Management & Administration
3) Professional Diploma in Accounting & Finance
4) Professional Diploma in Operation & Project Management
5) Professional Diploma in Occupational, Safety & Health
Kini, kami bekerjasama dengan Asia e University (1 University, 34 Countries) untuk membolehkan pelajar kami melanjutkan perjalanan pembelajaran sepanjang hayat mereka daripada Graduate Diploma, Bachelor Degree, Master Degree, Doctorate Degree, sehinggalah ke Doctor of Philosophy (PhD). Semua program (AeU) ini adalah diiktiraf oleh MQA.
Dengan pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang / industri ini, rangkaian tempatan yang baik dan staf yang berdedikasi, MB EDULINK SDN BHD berharap dapat mencapai matlamat korporat dan matlamat utama kami – Kerjasama dalam Pembangunan Modal Insan.
Motto kami adalah “Empowering Professional, Driving Success”.
Menjadi Penyedia Pendidikan & Latihan Dewasa Profesional yang Terpilih selaras dengan Keperluan Organisasi dalam Pembangunan Modal Insan.
MISI
Kami berusaha untuk menjadi pakar dalam penyediaan pendidikan dewasa dan program latihan dewasa kami melalui kawalan mutu berstruktur dan diperakui oleh rakan strategik dan kerjasama dengan Universiti-universiti tempatan dan juga masyarakat.
OBJEKTIF
Objektif utama kami adalah untuk menjadi Penyedia Pendidikan, Latihan dan Perunding Dewasa Bumiputera yang penting di rantau ini untuk:-
- Kami Di Sini Untuk Anda – Komuniti dan individu.
- Mempromosikan, memudahkan dan melatih pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi, kemahiran kepimpinan dan kemahiran keusahawanan.
- Menyediakan laluan alternatif pembangunan kerjaya melalui program Pendidikan Pantas (Fast Track Education) dan Pengiktirafan Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (Accreditation of Prior Experiential Learning - APEL) untuk Orang Dewasa yang Bekerja dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan pentadbiran.
- Peserta Program Pembangunan Profesional akan disediakan:
- Program yang memberi tumpuan kepada kemajuan dalam pelbagai pengetahuan, kemahiran yang memenuhi keperluan sektor industri dan perkhidmatan.
- Satu pasukan pensyarah dan profesional berpengalaman dalam bidang pengkhususan masing-masing.
- Majikan akan memperolehi:
- Graduan atau peserta kursus yang berwibawa dan kompeten.
- Graduan atau peserta kursus yang mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk manfaat organisasi.
- Masyarakat akan mencapai:
- Sumber tenaga manusia yang berkemahiran teknikal selaras dengan wawasan negara.
- Program pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti.