Sunday, 31 March 2019

PART TIME STUDY FOR PROFESSIONAL DIPLOMA PROGRAMMES - UTMSPACE, JUNE 2019 INTAKE

School of Professional and Continuing Education, Universiti Teknologi Malaysia or better known as UTMSPACE began in July 1993 when it was established in accordance to the government’s call to increase the number of quality human resource in the country. UTMSPACE provides an alternative path in education to give opportunities to those lacking the chance to follow the mainstream education system.
In line with UTMSPACE vision to be the centre of excellence in continuing education, UTMSPACE will from time to time, identify and attempt to fulfil the community’s demands.
UTMSPACE marked its own history on 28th January 2011, when UTMSPACE was officially registered as a Limited Company by Guarantee. With this change, UTMSPACE now acts as a business branch of UTM which concentrates on the development of lifelong learning. In line with its mission, UTMSPACE aims to lead the development of innovative and creative human capital through quality lifelong education.
The objectives for having Diploma Professional programs are:
1.            To provide a platform for a better career advancement.
2.            To enhance skills and knowledge on the latest global development.
3.            To develop ability to manage emerging issues and challenges.
4.            To produce qualified, competitive and dynamic workers.
5.            To widen participant’s networking.

MACRO BENEFIT SDN. BHD. (875105-V) is Smart Partner status (Pusat  Pengurusan Program, PPP) by UTMSPACE to run Professional Diploma programmes which include:
1.            Professional Diploma in Business Management
2.            Professional Diploma in Accounting & Finance
3.            Professional Diploma in Operation and Project Management
4.            Professional Diploma in Human Resource Management & Administration
5.            Professional Diploma in Occupational, Safety and Health.
Programme Fact:
 1.           Convocation held at UTM Skudai, Johor
2.            Duration: 1 year
3.            Class: 2 Days per Month (weekend)
4.            Assessment: 60% Examination, 40% Assignment

Entry Requirement:
1.            Age 21 years and Above
2.            SPM 3 Credits / SKM / STPM
3.            3 years working experience
4.            Interview for candidate who are not eligible
Fee structure:
1.            Processing: RM100.00
2.            Registration: RM500.00
3.            Programme Fee: RM 11 280.00
Total: RM11 880.00
Payment Mode
1.            KWSP Withdrawal
2.            Monthly Instalments Scheme
3.            Company Sponsored
4.            HRDF
If you interested in these programmes, please call or visit us for more information.
Ariffin Jemulidin
013-827 0560

Macro Benefit Sdn Bhd
2nd Floor, Lot 212, Section 11,
KTLD, Jalan Satok 93400
Kuching, Sarawak.
(Same Buliding with Sepinang Sari Café)
082-234 400

INFLASI - PENYEBAB UTAMA NILAI GAJI BULANAN MENURUN

Gaji permulaan bulanan benar bagi kebanyakan siswazah baharu di negara ini menurun sejak 2010 selepas mengambil kira faktor inflasi.
Siswazah yang berkelulusan diploma mendapat gaji benar sebanyak RM1,376 pada 2018 berbanding RM1,458 pada 2010.
Sementara itu, gaji benar pemegang ijazah sarjana muda adalah RM1,983 pada 2018 berbanding RM1,993 pada 2010, manakala pemegang ijazah sarjana memperoleh gaji benar RM2,707, penurunan ketara daripada gaji sebanyak RM2,923 pada 2010, berdasarkan Laporan Tahunan 2018 Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu menyatakan, kekurangan pekerjaan berkemahiran tinggi yang diwujudkan mungkin adalah penyebab utama dalam isu berkenaan.
Antara 2010 hingga 2017, kata bank pusat itu, bilangan pemegang diploma dan ijazah dalam tenaga kerja secara purata meningkat sebanyak 173,457 orang setahun.
“Jumlah itu, jauh lebih tinggi daripada pertambahan guna tenaga bersih dalam kategori pekerjaan berkemahiran tinggi, iaitu 98,514 orang setahun.
“Keadaan itu menunjukkan ekonomi negara tidak mewujudkan jumlah pekerjaan berkemahiran tinggi yang mencukupi untuk menyerap bilangan siswazah yang memasuki pasaran pekerjaan.
“Di samping itu, kajian oleh Institut Penyelidikan Khazanah juga mendapati 95 peratus pekerja muda berada dalam kategori pekerjaan yang tidak memerlukan kemahiran manakala 50 peratus pekerja yang membuat pekerjaan berkemahiran rendah secara manual mempunyai kelayakan yang lebih tinggi daripada yang diperlukan oleh jenis pekerjaan sedemikian,” katanya dalam laporan berkenaan.
Oleh itu, katanya, walaupun berpendidikan tinggi, pekerja terpaksa menerima atau membuat pekerjaan yang lazimnya tidak memerlukan tahap pendidikan tinggi sedemikian.
“Akibatnya, dengan bekalan siswazah yang lebih daripada mencukupi dan permintaan syarikat untuk siswazah yang tidak banyak berubah, gaji siswazah terus menghadapi tekanan menurun.
“Menariknya, keadaan berkenaan jelas berlawanan dengan keadaan yang dihadapi oleh rakan setara mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi,” katanya.
Laporan itu menyebut, pelaksanaan upah minimum menyokong peningkatan gaji pekerja berkemahiran lebih rendah dalam tahun kebelakangan ini lantas membolehkan gaji permulaan pekerja berpendidikan rendah yang lebih setara berbanding pekerja berpendidikan tinggi.
Sementara gaji permulaan siswazah dalam nilai benar menurun, ia berkata, gaji permulaan benar bagi pekerja berkelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 2.3 peratus.
Perbezaan dalam trend pertumbuhan merentas tahap pendidikan itu, jelasnya, menunjukkan fenomena yang lebih serius, iaitu premium pendapatan untuk tahap pendidikan pekerja di Malaysia telah mengecil.
“Sekiranya fenomena ini tidak ditangani, golongan penduduk muda kurang berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan mungkin juga memburukkan lagi isu ‘brain drain’ (penghijrahan golongan profesional ke luar negara) yang dihadapi oleh Malaysia,” katanya.
Untuk menghadapi dunia pekerjaan yang sungguh mencabar ini, golongan pekerja perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan kemahiran befikir supaya tahap gaji dapat di selaraskan berdasar kepakaran dan kebolehan. 

LATAR BELAKANG: MACRO BENEFIT SDN BHD

LATAR BELAKANG SYARIKAT MB EDULINK SDN BHD (875105-V)  (dulu dikenali dengan nama Macro Benefit Sdn Bhd) ditubuhkan pada 14 Okt...